Pengenalan
Sejarah
Lambang
Pengertian
Pembelajaran
Matapelajaran
The Showroom
Kolum minggu ini
The Warehouse
Kata-kata silat
The Workshop
1930-1970
1970-2000
Nostalgia
The Workshop
Belebat
Kuntau
Tarian Silat
Buang Pukul
Links
Link
e-mail kawan

MATAPELAJARAN SENI SILAT SENDENG : PENGENALAN


Seni Silat Sendeng terbahagi kepada kepada empat bahagian yang utama iaitu :-


Belebat (Pelebat)
Kuntau (Pecah)
Tarian dan Permainan Alat Silat
Buang Pukul

Belebat terpecah kepada dua iaitu belebat lurus dan belebat sendeng.Ahli baru haruslah memahirkan 5 jenis belebat lurus yang akan diajar dalam jangkamasa 3 bulan.

Kuntau atau Pecah pula terdiri daripada 8 jenis iaitu Kuntau Pecah Empat, Pecah Enam, Toya, Pecah Lapan, Pecah Dua Belas, LEAN, Pecah Enam Belas dan Pecah Dua Puluh Empat. Setiap Kuntau mempunyai tafsiran dan gerak yang tersendiri.

Tarian Silat adalah tari atau bunga silat yang terkandung dalam pergerakan Seni Silat Sendeng.Antaranya ialah Lela Sembah, Tenteng Anak Murai, Lebah Mengurap, Lipat Pandan dan lain-lain.Permainan Alat Silat pula terdiri daripada dua, bunga dan gelut di mana bunga ialah tari dan langkah manakala gelut ialah permainan di antara dua orang.Seni Silat Sendeng mempunyai 10 senjata utama dalam matapelajrannya iaitu keris, parang, pedang, tekpi, persai, dan lain-lain.Termasuk dalam alat silat ialah gendang,gong dan serunai.

Buang Pukul pula ialah cara menangkis serangan lawan.Ianya terdiri dari peringkat kuntau, sendeng, dan tujuh hari.Dalam Seni Silat Sendeng kemahiran dalam ilmu Buang Pukul adalah sangat penting dan diutamakan dalam pelajarannya.