Pengenalan
Sejarah
Lambang
Pengertian
Pembelajaran
Matapelajaran
mesti baca
Kolum minggu ini
pepatah
Kata-kata silat
gambar
1930-1970
1970-2000
Nostalgia
syllabus
Belebat
Kuntau
Tarian Silat
Buang Pukul
Links
Link
e-mail kawan

MENGENALI SENDENG DENGAN LEBIH DALAM
oleh Jamaluddin Abdul Jalal

Sendeng dalam erti kata lain ialah sandar.Menyendeng atau menyandar.Dalam perguruan , Sendeng lebih kepada maksud pukul atau lebih dikenali dengan pukul sendeng.

Pukulan yang dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang kepada kekuatan, kelajuan, kemarahan dan kemaraan pihak lawan.

Falsafah Sendeng berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar perginya'.Dari falsafah ini jelas membuktikan bahawa SSS boleh menjatuhkan lawan hanya dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak lawan.Inilah sebahagian dari apa yang dimaksudkan dengan Sendeng.

Falsafah lainnya berbunyi 'Gerak gayang, pantas berani'.Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas dan berani pada kita.Ianya bermaksud dalam sesuatu perkelahian 'masak gerak' adalah penting.Yang dikatakan masak gerak ialah dapat membaca pergerakan kasar dan halus pihak lawan.Kita seharusnya tahu apa punca gerak tangan dan apa pula gayang.Biarlah gerak dan gayang itu musuh atau pihak lawan yang pakai tetapi pantas berani pada kita.Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.Dalam keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya.

Sendeng juga mengamalkan falsafah 'haram di sentuh'.Haram bukan dari segi agama tetapi haram yang dimaksudkan ialah tidak dibenarkan sama sekali pukulan sendeng disentuh atau ditangkap.Adakalanya lebih baik kena daripada menyentuh.Bezanya, kena tanpa dsentuh kuat tetapi kena setelah disentuh lagi kuat.

Kadangkala pakar sendeng memang memberi peluang supaya tangannya disentuh atau cuba ditangkap atau dikunci oleh pihak lawan.Keadaan ini lebih mudah bagi pakar sendeng.Bagi SSS pukulan lebih pantas dari kunci kerana pukul sendeng bukan pukul bermalam.Pukulan sendeng ibarat 'pukulnya satu tapi nampak beribu'.

KONSEP

SSS berpegang kepada konsep 99 peratus menyerang dan 1 peratus menunggu.Dalam ertikata lain pakar sendeng amat jarang menunggu serangan tetapi bagi yang tahu mereka akan menyerang terus dan seterusnya.Kenapa pula begitu.Kerana pakar sendeng tahu apa itu ibu gerak dan ibu pukul.Dan tahu bagaimana memati gerak dan memati pukul.Sebab itulah walaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itu dapat dipintas dan akhirnya pakar sendeng yang memukul.Lagipun apabila serangan dimulakan ianya berlapis-lapis sebab pakar sendeng dilatih 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'.Ertinya satu tangan dilatih melakukan dua kerja serentak.

bersambung...............