KATA-KATA SILAT Ia dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan. Falsafah biasanya akan dipendengarkan kepada pesilat -pesilat semasa menjalani latihan mengikuut peringkat-peringkatnya. Di antara falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah :- |
|||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
|||||
" kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba.Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat,ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. " " Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila. " " Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita. " " Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang. " " Yang memukul itulah di pukul, Yang menyerang itulah yang diserang, Yang menyakitkan itulah yang disakitkan. " " Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati, ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya. " " Dalam terang ada cahaya, dalam gayang ada gerak dalam gerak ada kilau, dalam seni ada halus dan dalam gerak ada bayang. " " Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku. " " Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia sepikul. " " Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya bonyok.Pukulnya hodoh, kena lodoh. " " Pat pat siku lipat. " " Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup. " " Belum sempat nak tangkap dah terlepas, soromg kena tarikpun kena. " " Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya tepat. " " Sendeng haram di sentuh. " " Gerak Gayang Pantas Berani. " " Penamat belajar mengelak, tak payah mengelak. Penamat belajar menepis, tak payah menepis. |
|||||
Itulah antara falsafah afalsafah silat yang dapat dicantumkan di sini bagi para pesilat renungkan, fikirkan dan hayati seterusnya mempraktikkan maksud dan tujuan seta pengajaran yang terkandung di dalamnya. | |||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |